Siri Mat Salleh Cari Makan kembali lagi. Dalam episod kali ini, saya berada di Tanjung Sepat, Kuala Langat untuk melawat sebuah kilang memproses kerepek ubi dan biskut.
Di dalam episod ini, saya belajar cara dan teknik untuk membuat kerepek ubi. Bermula dari pemprosesan bahan mentah sehingga pembungkusan.
Bermula dengan modal sebanyak RM250, Kak Ani mengembangkan perniagaan beliau sikit demi sedikit, tahun ke tahun dengan bantuan keluarga dan badan kerajaa.
Kini perniagaannya semakin maju dan berkembang apabila produknya sudah diimport keluar negara seperti Australia dan Amerika Syarikat. Berkat kecekalan dan kesabaran Kak Ani membuahkan hasil akhirnya
Ada ke penonton yang pernah makan kerepek ubi Kak Ani?